peNgiKut kEsayaNgaN QueshEira
Tuesday, November 8, 2011
DJ waNita aSia pLg bErgaya
j0m ikuti cta d0rg....lalalalalalalal>
Sekiranya tinggi saya 5’9, miliki wajah Minah Salleh Celup dan lebih peka akan irama muzik,ini merupakan satu-satunya tempat yang saya ingin berada, berbanding memberikan tip-tip penggayaan untuk pembacaan anda.
Disebabkan terlalu banyak berangan mampu memisahkan diri anda daripada dunia sebenar (dan menempatkan anda di pusat mental), saya fikirkan, hei,sekiranya tidak boleh menjadi seorang DJ, apa salahnya kelihatan seperti seorang? Peragawati dan DJ merupakan trend baru terkini yang pasti mencairkan hati orang ramai dengan wajah eksotik serta pengetahuan muzik yang luas.
Kali ini kami berpeluang berborak mesra bersama ratu catwalk dan DJ Alannys Weber serta penghias kulit majalah dan DJ diimport dari Copenhagen, Patricia Sue Lin Knudsen.
Alannys Weber
Si jelita kacukan Indonesia-Belanda ini merupakan peragawati di kedua-dua bandar asal beliau di Jakarta dan Amsterdam serta seorang DJ di bawah Spinach DJ Management.
Alannys berjaya meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menceritakan pilihan gaya beliau meskipun teramat sibuk dengan pertunangan beliau serta tugas peragaan.
1.Bagaimana anda definisi gaya peribadi anda?
Seronok dan ceria
2. Apakah tema utama gaya anda ketika menjalankan tugas DJ?
Kadang kala saya gemar merias gaya 'rock and roll' dan ada masanya saya cenderung kelihatan lebih keperempuanan namun saya pasti kekalkan sedikit elemen 'rock and roll'.
3. Namakan 3 pakaian kegemaran anda
Dior, Dolce and Gabbana dan Guess
4. Apakah tiga warna kegemaran pilihan anda.
Hitam, putih dan ungu
5. Namakan pereka hiasan kegemaran anda
Jimmy Choo, Todds, Dior
6. Apa yang menjadi pilihan anda- Pereka ternama ataupun rekaan menarik?
Pastinya rekaan menarik
7. Bagaimana anda mulakan kerjaya sebagai DJ?
Saya merupakan seorang peragawati dan peminat parti. Selepas setiap acara peragaan, saya akan berpesta. Cinta saya untuk muzik telah membawa saya ke tempat yang saya berada sekarang.
8. Adakah anda rasakan terdapat sebarang persamaan antara fesyen dan muzik?
Semestinya. Apabila berada di pentas peragaan, terdapat iringan muzik seperti berada di kelab.
9.Adakah anda mempunyai apa-apa nasihat untuk mereka yang ingin menjadi peragawati/DJ?
Untuk anak gadis yang ingin menerokai dunia DJ mahupun peragaan, turutkan sahaja impian anda apabila anda rasa anda miliki bakat dalam muzik mahupun peragaan
10. Anda pasti tidak akan meninggalkan rumah tanpa..
Celak dan pengilat bibir
Patricia Sue Lin Knudsen
Si cantik kacukan Cina Malaysia-Denmark yang ceria ini telah menghiasi muka depan majalah, DJ di bawah pengawasan teman lelaki merangkap mentor beliau serta menjadi pengacara rancangan Castro Football Crazy.
Menggelar diri sebagai Pat, gusi kami tidak kering dengan gelagat ramah dan kelakar beliau menceritakan pilihan fesyen.
1. Bagaimana anda menerangkan gaya peribadi anda?
Saya rasa gaya saya adalah versatil! Ia bergantung kepada mood saya (ketawa). Meskipun begitu, saya masih memikirkan apa yang akan dipakai sebelum meninggalkan rumah. Kadang-kala apabila terkejar, saya akan memakai sesuatu yang kasual agar saya selesa. Saya gemar memakai stokin hitam berbanding seluar, bersama kasut but hitam. Ia sangat menyegarkan! Saya juga gemarkan kasut tumit tinggi dan gaun tanpa belakang. Mungkin apa yang ingin dikatakan adalah gaya saya melambangkan diri saya (senyum)
2. Apakah gaya utama anda ketika DJ? Adakah anda berpegang kepada suatu konsep?
Ketika DJ, perkara pertama saya akan lakukan adalah memadankan sepatu tumit tinggi kerana saya bukanlah tinggi mana (ketawa) Kebiasaannya saya akan mengenakan gaun indah - Saya suka sangat lace! Seperti saya katakan, ia bergantung kepada mood saya, saya suka keselesaan dan kecantikan.
3. Namakan 3 item pakaian kesukaan anda
1) Stokin hitam, kerana anda boleh memadankan ia dengan skirt cantik dan saya juga sukakan stokin hitam tatkala tidak sempat wax kaki (ketawa)
2) Pakaian dalam menarik: Saya tahu orang tidak dapat melihat ia selain daripada saya dan teman lelaki saya, tetapi ia membuatkan saya rasa senang hati dan ini sangat penting bagi diri saya.
3) Dres: Saya SUKA SANGAT dres! Saya sangat teruja apabila menemui dres yang bergaya dan seksi! Dres menjadi kegemaran saya kerana mereka membuatkan saya rasa elegan dan feminine.
4. Apakah 3 warna utama kesukaan anda?
Oh my God, saya sukakan banyak warna! Tetapi saya juga sukakan warna klasik seperti:
1) Hitam: Ia tampak mewah dan mudah dipadankan.
2) Putih: Terutamanya setelah menggelapkan kulit - ia membuatkan anda nampak sangat segar!
3) Biru gelap: Warna yang sangat cantik dan menarik pandangan.
4) Merah: Seksi dan menyerlah, bagaimana anda tidak gemar akan merah? Terutamanya untuk pakaian dalam (ketawa)
5. Siapakah pereka kesukaan anda? Tempatan mahupun antarabangsa?
Saya sukakan Karen Millen! Rekaan beliau sangat elegan dan mewah, dres serta jaket rekaan beliau miliki potongan dan warna menarik! Sejujurnya, saya tidak terlalu gilakan jenama. Saya suka pakaian berjenama namun saya masih boleh menemui pakaian menarik yang bukan daripada jenama mahal.
6. Dimana anda membeli kasut, dres kesukaan? Dimana tempat kegemaran anda untuk membeli belah?
Wow, soalan sukar! Di Malaysia saya gemarkan Musse, Bangsar,Shoes Shoes Shoes dan Maizen. Saya juga sukakan Aldo, H&M, Zara, Topshop, Agent Provocateur, Mango, dan Karen Millen. Saya juga mengunjungi kedai tidak berjenama popular dan mencari pakaian unik. Asos juga pilihan yang baik untuk membeli-belah secara online.
7. Apa yang menjadi pilihan anda - Pereka ternama mahupun rekaan menarik?
Hmmm, sejujurnya, saya gemarkan kedai yang menawarkan rekaan menarik, saya tidak PERLU memakai pakaian berjenama sahaja! Itu bukan citarasa saya, meskipun begitu, siapa yang tidak sukakan kualiti pakaian berjenama? Tetapi pada hari istimewa sahaja.
8. Bagaimana anda mulakan kerjaya sebagai DJ?
Saya mulakan kerjaya DJ ini pada awal tahun ini dan sejak itu ia bergerak sangat pantas.
9. Anda juga seorang peragawati. Adakah anda rasakan terdapat sebarang persamaan antara fesyen dan muzik?
Ya, saya rasa ia merupakan suatu pakej lengkap dan itu memang hakikat. Fesyen dan muzik memang serasi bersama!
10. Adakah anda mempunyai apa-apa nasihat untuk mereka yang bercita-cita menjadi peragawati/ DJ?
Untuk menjadi seorang DJ, sentiasa ambil masa untuk berlatih dan kemas kini pengetahuan muzik anda. Gigihkan usaha dan berseronok dengan muzik anda, ia pasti memajukan karier anda. Peragaan pula, jangan terlalu obses dengan berat badan anda, memang saya akui sebagai seorang wanita ia sangat sukar, saya juga sentiasa memikirkannya, tetapi sejujurnya, anda adalah diri anda sendiri dan anda tidak harus melakukan sesuatu yang tidak membuat anda selesa!
11. Anda tidak akan meninggalkan rumah tanpa…
Krim 8 jam Elizabeth Arden untuk bibir dan lain-lain. Beg alat solek kecil, sekiranya rancangan harian berubah (seperti maskara, pelindung cela, dan pemerah pipi) serta anting-anting menarik yang mampu menyerikan gaya anda.
Kini Malaysia bakal dipenuhi anak gadis persis DJ hangat, semuanya terima kasih kepada tip bantuan daripada Alannys dan Pat. Tetapi sekiranya anda benar-benar ingin menceburi bidang muzik, cubalah bakat anda di Mile High Sounds di Bangsar, kerana mereka kini menawarkan kelas DJ.
Sehingga minggu depan, saya akan teruskan melayan impian!
Quesheira Sayang k0rang ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment